PENGALAMAN SEKOLAH FASA 2
Dari kiri: Cg Faris, Abidin, Cg Asri (Pengetua), Cg Saravanan (Pk Petang), Ummi, saya. |
Pada fasa kedua ini, pengalaman sekolah adalah selama 2 minggu. Rasa macam lama. Tapi, pejam celik, pejam celik dah habis.
Pada kali ini, kami dapat satu pengalaman baru iaitu menyambut Perayaan Tahun Baru Cina. Sangat meriah dengan persembahan yang pelbagai. Kami juga dapat memahami sedikit sebanyak mengenai budaya orang Cina.
Sedikit kekurangan untuk pengalaman sekolah kali ini ialah kami tidak dapat mengikuti guru pembimbing kami untuk masuk ke kelas kerana tarikh kami melaporkan diri adalah tarikh selepas peperiksaan jadi tiada aktiviti PdP dijalankan. Tapi guys, 'relief' tetap ada! 😂
Oh, dalam masa yang sama kami juga bergelut dengan submission assignments dan alternative assessments 😫 It's okay, we can do this!
Sepanjang saya 'relief' kelas, saya suka melihat pelajar berlainan kaum berinteraksi, bertukar-tukar permainan tradisional sesama mereka. Semoga adik-adik terus begini demi memupuk perpaduan negara kita!
Seperti sebelum ini, kami disambut dengan baik, dihantar juga dengan baik. Pada hari terakhir kami di SMK Bandar Baru Seri Petaling kami diraikan dengan guru-guru mengadakan majlis perpisahan untuk kami. Kami dilayan seperti keluarga sendiri. Pelbagai juadah dihidangkan. Kek secret recipe indulgence pun ada 😭 Terasa seperti telah lama kenal. Jutaan terima kasih buat warga SMK BBSP. Tak lupa juga kepada rakan seperjuangan saya, Ummi, Abidin, Aisyah, Syazana dan Azrul.
Jumpa lagi next semester, insyaAllah (kalau rajin nak type 😬).
Signing off, AQILAH HUSNA.
Comments
Post a Comment