RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


Defenisi
Rancangan Pelajaran Harian (RPH)

“Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif,cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai”

Petikan daripada SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1999:

Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran

KP (BS) 8591/Jilid XV/ (3)

9 Mac 1999


Dalam bahasa mudahnya, RPH merupakan plan yang perlu dirangka guru sebelum, semasa dan selepas pengajaran. Antara elemen RPH ialah: 

  • kumpulan sasaran (Kelas)
  • tarikh dan masa
  • mata pelajaran
  • tajuk pengajaran
  • bidang pembelajaran
  • tujuan
  • hasil pembelajaran: kognitif, psikomotor dan afektif
  • konsep utama
  • bahan, peralatan dan bahan sumber pengajaran
  • langkah keselamatan
  • strategi/aktiviti PdP
  • pentaksiran dan penilaian pembelajaran

Kelebihan penyediaan RPH sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP):

  • Menentukan serta memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran  tercapai.
  • Meningkatkan keyakinan diri guru sebelum masuk mengajar.
  • Mengelak sebarang penyelewengan atau terkeluar daripada perkara yang hendak diajarkan.
  • Menentukan isi yang cukup untuk disampaikan dalam masa yang diperuntukkan.
  • Menentukan strategi atau aktiviti yang terbaik bagi menyampaikan isi pelajaran  yang bersesuaian dengan murid demi membantu murid mengubah sikap, kebiasaan, kebolehan dan pengetahuan ke arah yang dikehendaki.
  • Menggunakan masa pengajaran secara optimum melalui strategi yang lebih tersusun dan bersistem.
  • Merancang penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai.
  • Mengembangkan pengajaran secara lancar dan tersusun.Mengehadkan skop yang akan diajar dalam sesuatu jangka waktu.
  • Membantu guru mengingat bahan dan pendekatan pengajaran yang perlu untuk menyampaikan sesuatu isi pelajaran. 

contoh RPH



Comments